Kenapa Kerja Makan Gaji?

Isi Kandungan

Satu hari tu, saya sertai webinar berkenaan kerjaya yang dikendalikan oleh Tuan Nik Akmal.

Saya tanya,

“Tuan, macam mana nak atasi cepat rasa bosan dalam kerja”

Beliau pun tanya beberapa soalan dan aku bagi input yang diperlukan.

Jawapannya ada dihujung artikel ini.

Sebelum itu saya kongsikan satu info yang menarik dan ada kaitan dengan jawapan yang Tuan Nik bagi.

 

3 Peringkat Kerjaya

 

web-designer-career

 

Robert Katz memperkenalkan 3 peringkat ini.

  Conceptual Skills Human Skills Technical Skills
TOP MANAGEMENT Lebih memikirkan strategi Buat networking dengan 3rd party person Tahu proses tapi tak terlibat dalam operasi
MIDDLE MANAGEMENT Memikirkan masalah yang timbul dalam mencapai KPI Mengurus expectation top management dan pastikan first-line management on-track Hanya terlibat dalam teknikal aras tinggi
FIRST-LINE MANAGEMENT Kurang penglibatan Lebih kepada hubungan komunikasi rakan sekerja 100% penglibatan dalam operasi

Soalan.

Antara ketiga-tiga peringkat ini, mana yang sibuk kerjanya?

Jawapannya…

Ketiga-tiga peringkat ini sibuk. Bezanya sibuk yang berimpak tinggi atau tidak.

Faham tentang perkara ni, terus saya boleh tahu punca kenapa saya atau mungkin anda juga sudah mula rasa bosan dengan tugasan anda sekarang ni.

Walaupun kemahiran anda itu pada tahap aras tinggi.

 

Jawapan Tuan Nik Akmal

Ini jawapannya;

“Anda kena mula untuk knowledge transfer. Bina legasi. Bina tim.”

Daripada jawapan ni, saya lihat ada dua sahaja jalan.

  1. Buat hiring dalam bisnes sendiri
  2. Masuk ke syarikat yang memerlukan seorang ‘senior’

Maka, saya lebih cenderung dengan pilihan kedua.

Begitulah ceritanya.

Founder @  | Visit my web

Siarkan artikel anda bersama kami dan tim editor kami akan optimumkan SEO artikel anda serta anda akan dapat profile blog seperti yang anda lihat ini. Whatsapp saya untuk tahu info lanjut dengan KLIK DISINI.

©2024 Konsultan.my